Runut bunyi The_Fox_and_the_Hound_2

The Fox and the Hound 2 Soundtrack Album
Runut bunyi oleh Pelbagai Artis
Dikeluarkan pada21 November 2006
Dirakam pada2005–2006
GenreDesa
SyarikatWalt Disney Records

The Fox and the Hound 2 Soundtrack Album (Album Runut Bunyi Rubah dan Anjing Pemburu 2) ialah album yang mengandungi lagu daripada Reba McEntire, yang menyuarakan Dixie dalam filem itu, serta artis terkenal lain seperti Trisha Yearwood, Chip Davis dan Little Big Town. Penggubah Joel McNeely mempunyai sebilangan runut skor dalam album ini: "Depressed Dixie", "Sad Puppy Blues", "Nashville 7" dan "Sticky Hound Puppy". The Fox and the Hound 2 Soundtrack Album menonjolkan kombinasi pengarang dan pemuzik desa dan bluegrass dijumpai di Nashville oleh Disney mengikut penyelia muzik Kimberly Oliver, dan Timbalan Presiden Senior Matt Walker, DisneyToon Studios. Penggubah skor muzik latar belakang lagu instrumental ialah Joel McNeely. Muzik bluegrass untuk menetapkan mod babak-babak, dipersembahkan oleh beberapa pemuzik bluegrass terkenal.[1][2]

  • Friends for Life (Sahabat untuk Selamanya) - nyanyian One Flew South dan gubahan Marcus Hummon. Lagu kawan baik. Album ini menonjolkan versi penuh lagu ini, yang dipendekkan untuk filem.
  • Nashville 7 - skor gubahan Joel McNeely dan Mike Marshall.
  • We're in Harmony (Kita Berharmoni) - persembahan Chip Davis, muzik dan karangan Will Robinson.
  • Hound Dude (Anjing Pemburu) - nyanyian Josh Gracin, gubahan Will Robinson.
  • Depressed Dixie - skor gubahan Joel McNeely.
  • Good Doggy, No Bone! (Ilusi Sahaja) persembahan Reba McEntire, gubahan Marcus Hummon
  • Sticky Hound Puppy - skor gubahan Joel McNeely.
  • Blue Beyond - nyanyian Trisha Yearwood, gubahan Gordon Kennedy dan Blair Masters.
  • We Go Together - nyanyian Singin' Strays - persembahan Little Big Town, gubahan Marcus Hummon. Tema utama seluruh filem.
  • You Know I Will - Lucas Grabeel, juga dengan versi video muzik dalam bahagian bonus tambahan. Muzik dan karangan Gordon Kennedy.
  • Sad Puppy Blues - skor gubahan Joel McNeely.
  • We're in Harmony - Reprise (Kita Berharmoni - Ulangan) - persembahan Singin' Strays - Dixie, Cash, Granny, Waylon dan Floyd, dengan Copper. Muzik dan karangan Will Robinson.[3]